Pelaksanaan dakwah kepada orang pekak di Terengganu / Juwairiah Hassan

2009 
Kajian ini membincangkan tentang pelaksanaan dakwah kepada orang pekak di Terengganu. Ia bertujuan untuk mengetahui pihak yang terlibat dengan orang pekak, pelaksanaan dakwah kepada orang pekak serta masalah pelaksanaan dakwah kepada orang pekak yang berlaku di Terengganu. Kajian ini menggunapakai metode kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Set soal selidik, temubual dan observasi dilakukan untuk memenuhi kaedah penyelidikan. Sebanyak 56 set soal selidik diedarkan melibatkan orang pekak yang terlibat dengan program dakwah dan bukan dakwah di Terengganu sepanjang tahun 2007 hingga 2008. Hasil kajian mendapati pelaksanaan dakwah kepada orang pekak di Terengganu adalah melalui penganjuran program-program dakwah yang dibahagikan kepada program bulanan, program mingguan dan program harian. Kajian turut mendapati terdapat dua jenis institusi terlibat dalam dakwah kepada orang pekak iaitu institusi kerajaan dan bukan kerajaan. Manakala masalah yang terlibat terdiri daripada pendakwah kurang mahir, sasaran dakwah yang mempunyai pemahaman yang terhad dan organisasi dakwah yang menghadapi masalah pengurusan. Kajian ini diharapkan dapat membantu menambah baik program-program dakwah yang dilaksanakan kepada orang pekak di Terengganu.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []