Remaja, kemiskinan dan juvana suatu realiti?

2004 
Rasulullah saw ada menyebut “kefakiran akan menyumbang kepada kekufuran”. Kekufuran yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw ini bukan sahaja bermaksud tidak menunaikan segala kewajipan yang diperintahkan oleh Allah swt, tetapi juga terpakai kepada tatakelakuan insan yang tidak mengikut tataperaturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt atau mereka yang sengaja melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kehendak syarak. Persoalannya apakah ada hubung kaitnya apa yang diperkatakan oleh Rasulullah saw itu dengan gejala yang berlaku di kalangan umat Islam pada hari ini. Apakah kemiskinan menjadi punca kepada berlakunya gejala sosial di kalangan generasi muda, apakah ada hubungkait antara kemiskinan dan gejala sosial, kalau ada sejauhmana pemberat pengaruh kemiskinan dengan gejala sosial. Kertas ini akan cuba membuktikan apa yang diperkatakan oleh Rasulullah saw itu sesuatu yang benar atau sebaliknya.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []