Faktor-Faktor yang mempengaruhi Stres, Kebimbangan dan Kemurungan dalam kalangan Penjaga kepada Pesakit Leukemia Kanak-Kanak

2018 
Penjagaan pesakit kanak-kanak leukemia memerlukan pemerhatian dan tumpuan yang tinggi untuk memastikan rawatan yang disarankan oleh Pakar Perubatan dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kefungsian sosial, meningkatkan stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga. Oleh itu, kajian irisan lintang ini dijalankan untuk mengkaji prevalen serta faktor-faktor yang mempengaruhi stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak. Sampel kajian adalah 54 orang. Data diukur menggunakan DASS-21 versi Bahasa Malaysia yang telah divalidasi oleh kajian lepas. Hasil kajian mendapati bahawa prevalen stres rendah dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak adalah 88.9% manakala prevalen stres tinggi adalah 11.1%. Prevalen kebimbangan rendah adalah 90.7% dan prevalen kebimbangan tinggi adalah 9.3%. Prevalen kemurungan rendah adalah 96.3% dan prevalen kemurungan tinggi adalah 3.7% dalam kalangan penjaga. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi stres dan kemurungan dalam kalangan penjaga secara signifikan (p<0.05). Faktor yang mempunyai hubungan dengan status stres adalah agama dan jantina kanak-kanak (p<0.05). Faktor yang mempunyai hubungan dengan status kemurungan adalah jantina penjaga dan hubungan antara penjaga dengan ahli keluarga sama ada erat atau tidak erat (p<0.05). Sebagai kesimpulan, faktor sosiodemografi dan hubungan antara penjaga dengan ahli keluarga sama ada erat atau tidak erat mempengaruhi stres dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak manakala faktor tahap pengetahuan tidak mempengaruhi stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga. Strategi diperlukan untuk bantu mengurangkan stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []