Faktor Organisasi dalam Menyumbang Kepada Kemalangan Pekerjaan Industri Pembinaan Rel Mass Rapid Transit (MRT) di Malaysia (Organization Factor in Contributing to Occupational Accidents in the Mass Rapid Transit (MRT) Rail Construction Industry in Malaysia)

2021 
Abstrak Kadar kemalangan pekerjaan di industri pembinaan merupakan yang tertinggi di Malaysia berbanding sektor industri yang lain. Faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan pekerjaan di industri pembinaan adalah faktor organisasi berbanding faktor-faktor yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai aspek-aspek di bawah faktor organisasi yang menyumbang kepada kemalangan pekerjaan dalam industri pembinaan rel Mass Rapid Transit (MRT). Borang soal selidik diedarkan secara rawak di projek pembinaan MRT jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) sekitar Lembah Kelang. Sebanyak 530 maklumbalas telah diterima yang merangkumi 232 responden dari kumpulan pengurusan/profesional dan 298 responden dari kumpulan pekerja pembinaan. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) dan analisis inferensi (korelasi Pearson) bagi menilai dan menghuraikan hubungan antara kesemua aspek di bawah faktor organisasi yang menyumbang kepada kemalangan pekerjaan. Hasil kajian mendapati kedua-dua kumpulan responden mempunyai persepsi yang diklasifikasikan sebagai “sederhana bersetuju” terhadap aspek  pengurusan sumber, budaya keselamatan organisasi, dan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dalam menyumbang kepada kemalangan pekerjaan di industri pembinaan rel MRT. Manakala kebanyakan responden tidak bersetuju terhadap aspek polisi KKP dalam menyumbang kepada kemalangan pekerjaan di industri pembinaan rel MRT. Terdapat enam hubungan yang mempunyai kekuatan pada tahap “sederhana” bagi aspek-aspek yang dikaji di mana hubungan antara aspek pengurusan sumber terhadap pengurusan KKP merupakan hubungan yang paling signifikan dengan  catatan nilai pekali korelasi tertinggi r = 0.65. Hasil dapatan kajian ini perlu diberi perhatian oleh semua pemegang taruh industri pembinaan MRT untuk merancang langkah penambahbaikan dalam usaha untuk mencegah kemalangan pekerjaan dalam industri ini pada masa hadapan. Kata kunci: Faktor Organisasi; Industri Pembinaan; Kemalangan Pekerjaan; Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP); Mass Rapid Transit. Abstract Occupational accident rates in the construction industry are the highest in Malaysia compared to other industrial sectors. The main factor in contributing to occupational accidents in the construction industry is organization factor apart from other factors. Thus, the purpose of this study was to analyse and evaluate all aspects of the organization factor in contributing to occupational accidents in the Mass Rapid Transit (MRT) rail construction industry. A survey questionnaire was distributed randomly at the MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line construction project around the Klang Valley. A total of 530 responses were received consist of 232 respondents representing the management/ professional and 298 respondents  representing the construction site workers group. The data was analysed by descriptive analysis (mean and standard deviation) and inferential analysis (Pearson correlation) to evaluate and describe the relationship of all aspects under organizational factor in contributing to occupational accidents. The finding showed that both respondent groups had a perception classified as “medium” with resources management, organizational safety culture, and occupational safety and health (OSH) management aspects were influences to occupational accidents in the MRT rail construction industry. Whereas majority of the respondents do not agree with OSH policy aspect in contributing to occupational accidents in the MRT rail construction industry. There were six relationships with “moderate” strength for all aspects studied and relationship between resources management to OSH management indicated the most significant relationship which recorded the highest coefficient correlation value r = 0.65. The results of this research should be focused by all MRT construction stakeholders in order to plan further improvement measures to prevent occupational accidents from occurring in the future. Keywords: Organizational Factors; Construction Industry; Occupational Accidents; Occupational Safety and Health (OSH); Mass Rapid Transit
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []