e-KIRA CGPA EC110 Membantu Dalam Proses Pembelajaran Pelajar Program Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang

2019 
Peratus pelajar bergraduat dalam tempoh pengajian 6 semester yang ditetapkan (GOT) merupakan kriteria penting untuk mengukur kecemerlangan program diploma kejuruteraan awam Universiti Teknologi MARA. Walaubagaimanapun, peratus GOT Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) kini semakin membimbangkan apabila peratus kegagalan pelajar FKA dalam subjek-subjek teras program semakin meningkat. Pelajar yang gagal ini perlu mengulang subjek berkenaan dan seterusnya tidak berjaya GOT apabila terpaksa menambah bilangan semester. Antara punca kepada masalah pelajar tidak berjaya GOT ialah pelajar tidak merancang pembelajaran seperti menetapkan sasaran CGPA yang hendak dicapai di setiap semester. Kebanyakan pelajar hanya menetapkan sasaran perlu lulus untuk sesuatu subjek dan menyebabkan mereka kurang fokus. Dengan menggunakan aplikasi mudah alih pengiraan sasaran CGPA (e-KIRA CGPA) yang dibangunkan, pelajar dapat menetapkan matlamat pencapaian akademik di setiap semester dan menjadikannya sebagai satu motivasi untuk lebih berusaha bagi mencapai sasaran yang diinginkan. Aplikasi interaktif ini membolehkan pelajar memasukkan sasaran markah ujian dan peperiksaan akhir (input) untuk  mendapatkan skor markah dan akhirnya jangkaan nilai CGPA (output) yang akan diperolehi. Analisa maklum balas pelajar terhadap penggunaan aplikasi ini telah dibuat dan mendapati 80% pelajar bersetuju aplikasi ini sangat membantu dalam merancang masa dan menjadikan mereka lebih fokus. Di harap aplikasi ini dapat membantu para pelajar untuk lulus cemerlang dan seterusnya GOT. Sistem aplikasi ini juga turut menyokong dasar IR 4.0 iaitu kearah kampus digital.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []