HALAL GOODS AS A DA’WAH MEDIUM AND ITS CHALLENGES: BARANGAN HALAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH DAN CABARANNYA

2017 
Each individual is obliged to either directly or indirectly perform da'wah especially to non-Muslims. At the same time, every Muslim is obliged to seek and use halal products in daily life. By using qualitative content analysis method, the objectives of this writing is to unveil the concept of halal, factors of halal goods benefits, halal products as a medium of da’wah, as well as its challenges. The result shows that halal products do not only have a secure, healthy freshness, but has many benefits. Plenty of benefits in halal products can be shared with all humans regardless of religion and can be practiced as culture. Thus, the use of halal goods became effective medium in preaching the beauty of Islam indirectly. Nevertheless, missionary approach through halal products has its own challenges.   Keywords: Halal da’wah, halal food, halal goods, da’wah medium, missionary challenge. Setiap individu wajib melaksanakan dakwah terutamanya kepada bukan Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam masa yang sama, setiap Muslim wajib mencari dan menggunakan barangan halal dalam kehidupan harian. Dengan menggunakan metode kualitatif secara analisis kandungan, objektif tulisan ini adalah untuk menyingkap konsep halal, faktor kebaikan barangan halal, penggunaannya sebagai medium dakwah, serta cabarannya. Hasil kajian mendapati barangan halal bukan sekadar mempunyai kesegaran, selamat, sihat, tetapi juga mempunyai manfaat yang banyak. Manfaat dan kebaikan barangan halal yang banyak boleh dikongsi bersama semua manusia tanpa mengira agama secara mudah serta boleh dijadikan sebagai budaya. Lantaran itu, secara tidak langsung penggunaan barangan halal boleh menjadi medium dakwah yang berkesan. Begitupun, pendekatan dakwah menerusi barangan halal mempunyai cabaran tersendiri.   Kata kunci: Dakwah halal, makanan halal, barangan halal, medium dakwah, cabaran dakwah
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []