Kepuasan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap perlaksanaan Program Space Dengan Pencapaian Akademik

2010 
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kepuasan pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap perlaksanaan Program SPACE dengan pencapaian akademik. Responden kajian adalah terdiri daripada seramai 136 orang pelajar SPACE, di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Semarak yang mengikuti program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains), dan Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta Pendidikan (Matematik). Tahap kepuasan pelajar dikaji menggunakan persampelan rawak mudah. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik jenis skala likert 5 mata bagi mengukur tahap kepuasan pelajar. Analisis kajian menunjukkan kepuasan pelajar adalah sederhana terhadap kemudahan teknologi yang disediakan di dalam pengajaran dan pembelajaran, serta perkhidmatan tambahan yang disediakan. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan pelajar adalah tinggi terhadap komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar, serta kaedah penilaian pembelajaran. Kajian menunjukkan wujudnya hubungan antara kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, komuniksai dua hala antara pensyarah dan pelajar, kaedah penilaian pembelajaran dan perkhidmatan tambahan yang disediakan dengan pencapaian akademik bagi pelajar yang mengikuti Program SPACE di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, International Campus, Semarak. Beberapa cadangan mengenai kaedah kajian dan hasil dapatan telah dikemukakan oleh pengkaji untuk diberi perhatian oleh pengkaji yang akan datang dan pihak SPACE.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []