Kajian kesan tapak warisan sejarah dunia UNESCOsebagai lokasi perlancongan terhadap sosio-budaya: A’ Famosa, Melaka / Musaddiq Mohamad Khalil, Amer Shakir Zainol dan Azahar Harun

2019 
UNESCO terus melebarkan jalinan bersama beberapa institusi utama dunia, menerusi kerjasama bersama Bank Dunia (World Bank) untuk membangunkan serta mengekalkan aspek budaya serta tapak warisan sejarah dunia melalui “Sustainable Tourism”, yang boleh ditafsirkan sebagai peningkatan kesedaran nilai aspek sosio-budaya bermula dari komuniti masyarakat setempat di dalam memampankan tapak warisan sejarah dunia secara bersama. Oleh yang demikian, sebuah kajian kuantitatif dengan berobjektifkan korelasi telah dilaksanakan, hipotesis kajian hubungan lokasi perlancongan (Place) dan tapak warisan sejarah dunia UNESCO penting terhadap kemampanan sesuatu lokasi perlancongan (Sustainable Tourism) sosio-budaya setempat. A’ Famosa, Melaka telah di isytihar oleh UNESCO pada 7 Julai 2008 sebagai sebuah tapak warisan sejarah dunia (World Heritage Site). Menggunakan kaedah Convenience Sampling serta Non- Probability Sampling ke atas sampel masyarakat setempat sebanyak (n=100), dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi yang positif serta menyokong hipotesis kajian bahawa wujudnya kesan hubungan di antara lokasi perlancongan (Place) dan tapak warisan sejarah dunia UNESCO, secara spesifiknya di A’Famosa, Melaka. Kajian ini menunjukkan perhubungan korelasi yang significant antara pembolehubah yang menyumbang terhadap nilai sociobudaya dan kemampanan lokasi perlancongan setempat.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []