Menangani Masalah Kelahiran Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia: Peranan Perundangan Jenayah Syariah Dalam Masyarakat (Solving the Problem Of Illegitimate Birth In Malaysia: The Role Of Syariah Criminal Law In The Society)

2019 
Statistik kelahiran anak tak sah taraf yang tinggi di Malaysia membuktikan masyarakat sedang mengalami krisis keruntuhan moral yang sangat meruncing. Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan tentang kemuliaan nasab dan keturunan dalam kehidupan berkeluarga. Artikel ini bertujuan menganalisis prinsip dan pengaplikasian syariah berkaitan anak tak sah taraf. Dalam penganalisisan tersebut, beberapa sorotan literatur dilakukan berkaitan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah dalam menangani masalah kelahiran anak tak sah taraf. Seterusnya artikel ini akan mengenalpasti permasalahan berkaitan kelahiran anak tak sah taraf dan mencadangkan beberapa saranan sebagai penyelesaian. Kajian yang digunapakai dalam artikel ini menggunapakai kerangka kajian perundangan tulin berbentuk kualitatif di mana metod kajian perpustakaan diaplikasikan bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperolehi dari penulisan tesis, artikel jurnal, buku-buku, laporan akhbar serta sumber-sumber rujukan umum lain dianalisis secara kritis. Analisis kritis turut dilakukan terhadap dokumen-dokumen kajian lepas berkaitan isu anak tak sah taraf dan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah. Artikel ini turut mengutarakan pandangan bahawa satu kajian mendalam yang lebih kritis dan komprehensif perlu dilakukan sebagai sumbangan kepada korpus akademik khususnya bagi menambah khazanah ilmu perundangan jenayah syariah berteraskan kepentingan memelihara maqasid syariah. Langkah tersebut juga merupakan suatu usaha ke arah memastikan agar perundangan jenayah syariah di negara ini mampu membendung permasalahan kelahiran anak tak sah taraf dalam masyarakat. Kata kunci: Anak tak sah taraf; jenayah syariah; penguatkuasaan; moral; maqasid syariah Abstract Generally speaking, an illegitimate child refers to a child which has been born outside wedlock regardless of whether the illegitimate birth is caused by adultery or rape, and neither that the said birth is the result of a syubhah consummation.  The rise of illegitimate birth in Malaysia has significantly proved that our community is facing a very serious issue of moral demolition. This is obviously against the Islamic principle of upholding the dignity of lineage. This article intends to analyze the principles and application of Syariah rules pertaining to illegitimacy. This article further analyzes the previous literature on the enforcement of Syariah Criminal Law in preventing illegitimate birth. It then identifies problems pertaining to the issue of illegitimate birth and suggests some practical solutions. For the purpose of data collection, this purely legal doctrinal research applied a qualitative method based on library research. Critical analysis has been applied in analyzing data from a previous thesis, articles, journals, news and other general references regarding illegitimacy issues and the enforcement of Syariah Criminal Law. It is suggested that a further critical and comprehensive research to be conducted as a contribution to the academic corpus and for the enhancement of maqasid syariah in Syariah Criminal Law.  Keywords: Illegitimate birth; syariah criminal law; enforcement; moral; maqasid syariah
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []