Sedimentology in the coastal areas of Port Dickson, Malaysia.

1989 
Sampel-sampel enapan dasar dan pasir pantai telah diambil dari 36 stesen kajian di persisiran pantai Port Dickson dari bulan Disember 1987 hingga Jun 1988. Enapan dasar terdiri dari kelas pasir hingga ke loam berpasir dan kebanyakannya berwarna kuning dan kelabu. Julat garis pusat median adalah dari -0.9 hingga 4.20 phi,sementara min saiz adalah dari -0.93 hingga 4.23 phi. Koeffisen susunan adalah dari 0.21 hingga 2.53,dan lebih dari 50 peratus sample-sample menunjukkan skewness positif. Karbon organik di dalam enapan berjulat antara 0.13 hingga 0.60 peratus. Setengah stesen yang berdekatan dengan pelabuhan mempunyai enapan berkapur. Pasir tersangat halus dan kebanyakannya adalah terditri dari pasir halus. Garis pusat median berjulat antara 1.40 hingga 2.30 phi. Koeffisen susunannya adalah terdiri dari 1.73 hingga 1.92 dan kebanyakannya mempunyai nilai skewness negatif. Kebanyakan pasir adalah leptokurtik.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []