TUAN GURU HAJI ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN (1938 –2010 ): SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT PENGKALAN HULU PERAK

2019 
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Latif pada masyarakatPengkalan Hulu. Beliau merupakan anak tempatan yang berbakti kepada penduduk terutama dalambidang pendidikan. Oleh kerana jasanya yang besar kepada penduduk Pengkalan Hulu maka beliaudipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1414 peringkat negeri Perak. Terdapat dua objektif utama dalamkajian ini iaitu pertama untuk mengetahui sumbangan beliau kepada masyarakat setempat dan yangkedua pula ialah untuk mengetahui metode dakwah nya di Pengkalan Hulu. Selain itu, kajian ini jugabertujuan untuk mengetahui pendekatan yang diguna pakai oleh beliau ketika menjalankan aktivitidakwah nya. Dalam menyelesaikan dan menyempurnakan kajian ini, dua metode digunakan iaitumetode perpustakaan dan temu bual bagi memperoleh maklumat berkaitan tajuk yang sedang dikaji.Dapatan kajian menunjukkan bahawa beliau berjaya dalam usaha dakwah nya dengan menggunakanpendekatan secara lembut terutama ketika berdakwah kepada kumpulan ajaran sesat yang dikenalisebagai Islam Jamaah. Kajian terhadap beliau amat penting kerana sikap dan keperibadian yangditunjukkannya amat susah untuk dicontohi kecuali kepada mereka yang benar-benar ikhlas dalammempelajari ilmu beramal dengannya. Implikasi daripada kajian ini, bagi mereka yang menceburkandiri dalam ilmu dan dakwah amat perlu mencontohi sikap, keperibadian dan pendekatan yangdigunakannya malahan pendekatan tersebut bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah NabiMuhammad SAW.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []