Pengambilan logam berat oleh pokok daun kari (Murraya koeniggi) dalam tanih ultrabes dari Felda Rokan Barat, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
2013
Kajian ini telah dijalankan di kawasan tanih ultrabes di Felda Rokan Barat, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebanyak lima belas sampel tumbuhan dan substratnya telah diambil dari kawasan kajian dengan kaedah berkelompok. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kandungan logam berat Fe, Ni, Cr, Mn, Co, Zn, Cu, Cd dan Pb di dalam tanih dan bahagian akar, batang dan daun tumbuhan. Koefisien penyerapan biologi (BAC) ditentukan secara perkiraan. Kandungan logam berat di dalam tumbuhan diekstrak secara penghadaman basah manakala kandungan di dalam tanih diekstrak dengan kaedah pengekstrakan berjujukan. Kandungan logam berat di dalam larutan ekstrak tanih dan tumbuhan ditentukan menggunakan spektrofotometer penyerapan atom kaedah nyalaan (FAAS). Hasil kajian menunjukkan kepekatan logam berat paling tinggi dalam substrat pokok daun kari Murraya koenigi adalah Fe, diikuti oleh Mn, Cr, Co, Ni, Zn, Cu, Cd dan Pb dengan purata kepekatan masing-masing sebanyak 1699.64 mg/kg, 532.59 mg/kg, 212.43 mg/kg, 195.02 mg/kg, 174.97 mg/kg, 48.11 mg/kg, 43.86 mg/kg, 3.65 mg/kg dan 0.48 mg/kg. Kepekatan logam berat tersedia bagi Mn dan Pb adalah lebih tinggi berbanding logam berat tersedia yang lain berdasarkan peratus. Kandungan Fe dan Mn adalah tinggi di dalam semua bahagian tumbuhan. Walau bagaimanapun, berdasarkan nilai purata kumulatif BAC, hanya logam Pb menunjukkan nilai penimbunan yang agak tinggi dalam tumbuhan. Kajian ini menunjukkan pokok daun kari (Murraya koenigi) bukan tumbuhan penumpuk logam berat berdasarkan kepada nilai BACnya yang rendah.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI