PRINSIP TOLERANSI ISLAM DALAM MENANGANI KONFLIK KEPELBAGAIAN KAUM DI MALAYSIA

2021 
Toleransi merupakan salah satu unsur budaya yang dianjurkan oleh Islam. Toleransi diamalkan oleh para nabi dengan bimbingan Allah SWT. Malaysia adalah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, oleh itu prinsip dan sikap toleransi sangat penting untuk mencipta keharmonian dan kesejahteraan di kalangan masyarakat yang pelbagai. Elemen-elemen positif yang dipraktikkan dalam perhubungan masyarakat pelbagai kaum hendaklah sentiasa disuburkan dalam pergaulan seharian selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.  Suasana yang harmoni ini bertujuan memupuk rasa kebersamaan bagi mengelakkan permusuhan agar kelestarian dalam kesejahteraan itu terus berpanjangan. Konflik antara kaum mesti dielakkan kerana kesan buruknya kadang kala tidak dapat dijangkakan. Justeru, kertas konsep ini membincangkan tentang prinsip toleransi yang mesti diterjemahkan pengamalannya dalam kalangan bangsa Malaysia dengan melihat kepada aspek kehidupan beragama, hidup berdampingan dan juga dalam hubungan bermasyarakat. Kaum Melayu sebagai etnik majoriti haruslah mengambil peluang mempelopori dan mempraktikkan amalan toleransi sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Manakala etnik-etnik lain hendaklah matang dalam menilai sesuatu perkhabaran yang tidak pasti, menerima dengan hati terbuka, berlapang dada dan menghargai usaha yang dilakukan demi mewujudkan kerukunan hidup bermasyarakat. Pemahaman yang jelas terhadap konsep menjadikan diri sebagai rahmat kepada ramai orang berteraskan perspektif perundangan, social, kesederhanaan dan kebolehidupan secara bersama menjadikan ruang yang luas untuk toleransi bermasyarakat diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira latar belakang.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []