Modul Hayati, Eksplorasi, Berfikir Aras Tinggi (HEBAT) Bacaan: Strategik pengajaran dan pembelajaran membaca

2018 
Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang Modul HEBAT Bacaan sebagai satu strategik pengajaran dan pembelajaran membaca dalam usaha meningkatkan literasi bacaan murid sekolah menengah daripada murid Tingkatan Satu hingga murid Tingkatan Empat. Modul HEBAT bacaan adalah wardah yang disediakan oleh KPM bagi menyediakan murid untuk menjawab Literasi Bacaan PISA. Pembinaan Modul HEBAT Modul ini telah dibangunkan menggunakan pendekatan bertema dan memberi penekanan tentang teknik serta proses membaca sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Oleh itu dalam penulisan ini dibincangkan tentang pemikiran modul HEBAT bacaan, kebolehlaksanaan Modul HEBAT Bacaan dan Pedagogi Abad ke-21 (PAK 21) serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Secara keseluruhannya modul ini mempunyai nilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) membaca Bahasa Melayu  kerana pendekatan yang digunakan adalah menyeluruh mencakupi aspek strategik P&P, cadangan aktiviti, bahan rangsangan/ simulasi dan projek penilaian pembelajaran. Selain itu penekanan PAK 21 dan KBAT juga menjadikan modul ini lebih sesuai dengan situasi P&P masa kini. -------------------------------------------------------------------------------------------------- This article aims to clarify the HEBAT module (Appreciation, Exploration and HOTs) for reading. The Module is an approach to teaching and learning to read in the attempt to improve reading literacy among Secondary One to Secondary Four school students. The HEBAT module has beenbestablished by the Ministry of Education in preparing students for the PISA Reading Literacy. This module has been developed based on a thematic approach and emphasizes on the techniques and processes of reading as a guide for classroom teaching and learning. Therefore, this paper discusses the literature related to the HEBAT module, the feasibility of the HEBAT module and the 21st century pedagogies as well as Higher Order Thinking Skills (HoTS). Overall, this module has an added value towards teaching and learning of reading of the Malay language. It integrates approaches, covers the strategic aspects of teaching and learning, suggests activities, and provides stimulation and simulating materials as well as learning evaluation projects. Since the module emphasis on 21st century learning and HoTS, this module is an apt choice for the current teaching and learning situation.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []