Faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan pekerja sektor swasta
2019
Kepuasan kerja pada dasarnya adalah merupakan antara isu yang sentiasa diberi perhatian dalam setiap organisasi termasuklah sektor awam mahupun swasta. Kepuasan kerja dilihat sebagai satu perkara yang penting di mana pekerja memberi sumbangan kepada organisasi untuk mencapai matlamat mereka. Kepuasan kerja adalah bersifat individual dan merupakan isu yang sentiasa diperkatakan dan sering menjadi punca permasaalahan antara pihak majikan dan pekerja pada masa kini. Secara tidak langsung akan menyebabkan matlamat organisasi tidak tercapai. Isu kepuasan kerja semakin diminati oleh para penyelidik untuk menjalankan penyelidikan dan seterusnya dapat menyumbang idea-idea baru dan merangka strategi yang baru dalam mengurangkan konflik yang berlaku antara pekerja dan pekerja mahupun antara pekerja dan majikan. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan satu model kerangka kerja kajian iaitu untuk menyelidik hubungan antara gaji, penyeliaan,keadaan ditempat kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja sektor swasta di Negeri Kedah. Model kajian ini dibangunkan berdasarkan kepada tinjauan literatur yang telah dilakukan terlebih dahulu. Setelah dikenalpasti, kajian ini mengemukakan satu pembolehubah bebas yang terlibat iaitu gaji, penyeliaan, keadaan ditempat kerja. Seterusnya kajian ini menjadikan kepuasan kerja sebagai pembolehubah bersandar kajian. Rumusan, kesan serta cadangan kajian masa hadapan turut dikemukakan.
Keywords:
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI