Ketaksepadanan pekerjaan dan inflasi pendidikan
2013
Pelaburan berlebihan dalam pendidikan tidak hanya menambahkan penganggur berpendidikan, tetapi boleh turut
menghasilkan ketaksepadanan perkerjaan kesan daripada pekerja terpaksa menerima pekerjaan dengan keperluan
kelayakan yang lebih rendah daripada kelayakan yang dimiliki. Fenomena ini boleh mencetuskan inflasi pendidikan
apabila kadar pulangan bersih pendidikan menjadi negatif. Seramai 1,117 pekerja di Selatan Semenanjung Malaysia,
iaitu meliputi negeri Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan telah diambil sebagai sampel soal selidik pada tahun 2011/2012
bagi menguji fenomena tersebut. Hasil soal selidik menunjukkan berlaku fenomena ketaksepadanan pekerjaan dalam
pasaran buruh. Hasil penganggaran terhadap fenomena ini berasaskan ubahsuai model pendapatan Mincer (1974)
menunjukkan bahawa kadar pulangan terhadap pendidikan merosot dan menjadi negatif dan boleh diterjemahkan
sebagai potensi berlakunya inflasi pendidikan.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
5
Citations
NaN
KQI