Aanalisis kitaran ekonomi dan industri pembinaan di Malaysia

2001 
Industri pembinaan merangkumi sektor yang merancang, merekabentuk, memulihara, meruntuhkan dan membaiki pelbagai jenis bangunan serta semua jenis kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan kerja bidang lain yang terlibat (Ofori, 1990). Keluaran industri pembinaan adalah berbeza dengan keluaran industri lain, ia adalah tidak homogenous dan setiap satunya boleh dianggap unik. Ia juga besar, tidak boleh dipisahkan dan sangat mahal, dengan itu, pembeli dan penjual tidak ramai seperti barangan lain. Ia tidak boleh bergerak, oleh itu tidak boleh dihantar ketempat yang berpermintaan tinggi. Ini menyebabkan kerja pembinaan perlu dijalankan dilokasi tertentu yang berpermintaan. Hasil rekabentuk atau keluaran juga perlulah memenuhi pengaruh luar yang luas termasuk politik, kebudayaan, sosiologi dan ekonomi.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []