Tahap Kesediaan Guru Pelatih Dari Aspek Komunikasi interpersonal Sebelum Menjalani Latihan Mengajar

2012 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih dari aspek komunikasi interpersonal dalam meningkatkan penguasaan dan keyakinan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih yang bakal menjalani latihan mengajar di sekolah. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel seramai 89 orang pelajar daripada populasi seramai 99 orang pelajar tahun 3 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 30 item berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan nilai α Cronbach ialah 0.86. Datadata yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) For Windows Version 16.0. Analisis daripada persoalan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru pelatih dari aspek penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal, komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non verbal) berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam melahirkan guru pelatih yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran interpersonal yang tinggi untuk meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []