Pendefinisian penyisihan sosial menurut dimensi ekonomi

2020 
Penyisihan sosial (PS) merupakan satu konsep yang menerangkan kelemahan sosial dan kesukaran hidup sekumpulan individu kelas bawahan dalam arus pertumbuhan ekonomi. Konsep PS bersifat multidimensi yang merentasi pelbagai disiplin ilmu sains sosial yang utama termasuk sosiologi, politik dan ekonomi. Dalam konteks dimensi ekonomi, PS sangat berhubung kait dengan isu kerentanan, kemiskinan dan ketaksamaan ekonomi. Artikel ini bertujuan mengkaji takrifan konsep PS menurut dimensi ekonomi secara komprehensif. Bagi mencapai objektif, kaedah kajian kepustakaan telah diaplikasi. Hasil daripada analisis dan sintesis terhadap definisi PS yang dikemukakan dalam kajian lepas, takrif konsep PS menurut dimensi ekonomi dapat disimpulkan sebagai halangan akses kepada pasaran sumber ekonomi yang membolehkan individu itu hidup secara bermaruah. Ini disebabkan halangan terhadap akses menyebabkan berlaku kerugian yang menjejaskan kualiti hidup individu yang mengalaminya. Dalam konteks Malaysia, pemahaman konsep PS menurut dimensi ekonomi secara komprehensif dan tepat dapat membantu penggubal dasar untuk merangka strategi bagi menangani isu ketaksamaan ekonomi. Seterusnya, usaha ke arah pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif kepada semua rakyat, sebagaimana termaktub dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dapat dicapai.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []