Tahap Pengetahuan dan Ramalan Gelagat Petani terhadap Kepatuhan Pembayaran Zakat Tanaman: Satu Tinjauan di Daerah Sabak Bernam: The Level of Knowledge and Predicting Farmer’s Behavioural towards the Zakah on Crops Compliance: A Review in Sabak Bernam
2018
Objektif utama kertas kerja ini adalah mengukur tahap pengetahuan petani tehadap zakat tanaman serta untuk menganalisa perbezaan tahap pengetahuan terhadap beberapa faktor demografi terpilih disamping cuba meramal gelagat kepatuhan petani terhadap pembayaran zakat tanaman. Tinjaun telah dilakukan di salah satu daerah utama di Selangor yang terkenal sebagai pengeluar padi utama di Selangor. Kajian melibatkan 325 orang petani dari pelbagai latar belakang telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak cluster merangkumi 3 mukim antara 5 mukim di Sabak Bernam iaitu Mukim Simpang Lima, Mukim Pasir Panjang dan Mukim Sungai Besar. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan responden terhadap Zakat Tanaman adalah berada ditahap sederhana (Skor Min = 3.61). Ditemui juga pendidikan, umur, pendapatan, tempoh pengalaman dan keluasan tanah tanaman menunjukkan perbezaan yang signifikan kepada tahap pengetahuan petani. Kajian menggunakan teori gelagat ditanggap (TTB) bagi mengukur ramalan kepatuhan petani dan mendapati pemboleh ubah sikap dan norma subjektif masing-masing mempengaruhi secara positif dan signifikan terhadap niat gelagat (=0.68). Pembolehubah sikap menunjukkan pembolehubah paling mempengaruhi gelagat kepatuhan petani dengan. Beberapa langkah juga telah dicadangkan bagi meningkatkan tahap pengetahuan petani terhadap zakat tanaman.
The main objective of this study was to measure the level of knowledge among farmers towards zakat on crops and analize the differences between the knowledge towards the selected factors of demography besides to predict the influence of attitudes and subjective norms towards the compliance of zakat on crops. The sample of this study consisted of 325 farmers in areas of Sabak Bernam from 3 out of 5 areas named Mukim Simpang Lima, Mukim Pasir Panjang, and Mukim Sungai Besar. From the data sampled, the study found that the mean score showed the level of knowledge of farmers towards zakat of crops is moderately (3.61). This study was applied the Theory of Planned Behavior in an attempt to predict zakat on crops compliance intention behavior. The result of Multiple regression shows that the attitude and subjective norms were found significantly related to the intention (R2 = 0.68) with the attitude is the most significant variable among two variable measured (). Some suggestions and further research regarding this issues are suggested in order to improve the specific knowledge about zakat on crops among farmers with different theory.
- Correction
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
7
References
0
Citations
NaN
KQI