Tradisi keilmuan dan pendidikan dalam Tamadun Melayu di Nusantara
2004
ABSTRACT This paper discussed the tradition of knowledge and intellectual civilization in the Malay Archipelago. Malay society in the Malay Archipelago have had a tradition of scholarship and education that is integral to the emergence of a high civilization. The scientific tradition became widespread through the advent of Islam which promotes science and intellectuality. A number of Islamic nations later emerged which regard highly science and education. Pasai, Melaka, Acheh, Demak had later become the centre of science and education. This scientific and educational tradition had produced renowned Malay figures. Hence, the height of the Malay civilization lies not in its material culture, but in the power of scientific tradition and intellectuals. Science and education have become the tradition of the Malay-Muslims of all time. ABSTRAK Kertas ini menyelongkar tradisi keilmuan dan keintelektualan dalam tamadun Melayu di Nusantara. Masyarakat Melayu yang tersebar luas di alam Melayu atau Nusantara ini telah memiliki tradisi keilmuan dan pendidikan yang menjadi teras kepada kemunculan tamadun yang tinggi dan cemerlang. Tradisi keilmuan ini kemudiannya menjadi marak melalui kedatangan Islam di Nusantara apabila ia merevolusikan tradisi ini kerana Islam memang amat menganjurkan kepada keilmuan dan keintelektualan. Gelombang ini kemudiannya melahirkan beberapa kerajaan Islam yang menjadikan pendidikan keilmuan sebagai sesuatu yang amat penting dan amat digalakkan. Kemudiannya, lahirlah Pasai, Melaka, Acheh, Damak, dan lain-lain menjadi pusat keilmuan dan pendidikan di Nusantara. Tradisi keilmuan dan pendidikan ini telah melahirkan tokoh-tokoh Melayu yang tersohor sepanjang zaman. Lantaran, ketinggian ketamadunan Melayu tidak terletak kepada kehebatan budaya materialnya, sebaliknya terletak kepada kehebatan dan ketinggian tradisi keilmuan dan keintelektualannya. Tradisi keilmuan dan pendidikan merupakan tradisi umat Melayu Islam sepanjang zaman.
Keywords:
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
2
References
1
Citations
NaN
KQI