Comperative Performances of Single and Dual Media Filters of Sand and Burnt Oil Palm Shell

2006 
Penurasan merupakan unit operasi utama bagi loji olahan air. Media penuras yang lazim digunakan adalah berbentuk butiran seperti pasir, antrasit, arang, magnetik, garnit dan tempurung kelapa. Prestasi penuras media berbentuk butiran telah terbukti berkesan. Walau bagaimanapun, keperluan media penuras alternatif yang kos efektif masih diperlukan memandangkan kos operasi dan kos pengeluaran air sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Dewasa ini kajian telahpun dijalankan terhadap potensi butiran arang tempurung kelapa sawit sebagai media penuras. Bahan ini merupakan sisa buangan pepejal yang terdapat dengan banyaknya hasil dari pemprosesan industri minyak sawit. Dalam kajian ini, pasir dan butiran arang tempurung kelapa sawit (BOPS) telah digunakan sebagai penuras satu-media dan penuras dua-media pada beberapa saiz efektif, Es (iaitu Es 0.4 dan 0.6 untuk pasir, Es 1.0 dan 2.0 untuk BOPS) dan kadar alir (iaitu 10 dan 15 m 3 /m 2 .jam). Prestasi penurasan adalah dipengaruhi oleh ketebalan penuras, kualiti air influen, kadar alir air dan saiz efektif media penuras. Keputusan menunjukkan bahawa penuras mampu menghasilkan kualiti air yang tinggi ( i.e. Es of 0.4 and 0.6 for sand, Es of 1.0 and 2.0 for BOPS) and flow rates ( i.e. 10 and 15 m 3 /m 2 .hr). The performances of filter are influenced by filter bed depth, influent water quality, flow rate and effective size. Result suggests that all the filters are capable of producing water with acceptable turbidity unit ( i.e. running time of BOPS/sand is four to nine times greater than single media filter). Key words: Single media filter; dual media filter; sand; BOPS; turbidity; rapid filtration
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    6
    References
    4
    Citations
    NaN
    KQI
    []