Kajian Keperluan : Isu dan Masalah Di Industri Bagi Graduan Politeknik Program Mekatronik

2014 
Pasaran kerjaya hari memerlukan graduan kompeten dan mahir dalam semua segi. Kebanyakan majikan mempunyai kriteria tertentu untuk memilih pekerja daripada pencapaian akademik dan kemahiran insaniah yang baik. Kajian ini bertujuan untuk melihat isu dan masalah di industri bagi graduan Politeknik dalam program Mekatronik. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah temu bual separa berstruktur. Sesi temu bual dilaksanakan bersama 2 orang dari pihak industri dan 5 graduan politeknik yang telah bekerja. Temu bual dijalankan adalah untuk melihat dari segi konteks produk bagi model CIPP. Semua data temu bual dikumpul telah di transkrip untuk mengenal pasti isu dan masalah . Keputusan menunjukkan bahawa berlaku kecelaruan pengetahuan tentang keseimbangan empat bidang utama Mekatronik untuk program Diploma Kejuruteraan Mekatronik di Politeknik
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    6
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []