¿Tradisi Intelektual Melayu ¿ Islam: Daripada Metafora Kepada Saintifikisme¿

2011 
Makalah ini berusaha menonjolkan proses dinamika tradisi intelektual Melayu-Islam dalam menangani persoalan kehidupan. Sumber analisis adalah terdiri daripada pepatah petitih dan pengamatan terhadap realiti kehidupan Melayu-Islam zaman silam dan kontemporari. Dibahaskan bahawa tradisi intelektual Melayu-Islam mengalami dinamika yang berbeza sama sekali daripada tradisi intelektual Barat. Sementara tradisi intelektual Barat berkembang dalam paradigme Sekularisme, tradisi intelektual Melayu-Islam pula bertitik- tolak daripada pengamatan mendalam terhadap alam yang kemudiannya disaring oleh penghayatan berteraskan wahyu (al-Qur’an dan al-Hadis). Hasil saringan itu diungkapkan dalam bentuk metafora yang disebut pepatah petitih itu. Berlandaskan paradigme inilah berlakunya saintifikisme dalam peradaban Melayu-Islam. Ini membawa natijah yang berbeza daripada dua Barat. Sementara dinamisme intelektual Barat membawa kerosakan, dinamisme intelektual Melayu-Islam pula membawa kebaikan, baik kepada manusia mahupun alam. Kata Kunci: tradisi intelektual, kedinamika, ontologi, epistemologi dan aksiologi
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    2
    References
    3
    Citations
    NaN
    KQI
    []