DIALOG AGAMA LWN DIALOG KEHIDUPAN: MEMBINA KEFAHAMAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG BERBEZA KEPERCAYAAN

2012 
Kami menjelaskan kepentingan dialog agama dalam masyarakat yang jamak memandangkan perbezaan kehidupan manusia yang meliputi aspek agama, budaya, bangsa dan warna kulit sering kali mengundang kepada konflik. Dalam konteks hubungan antara agama, dialog agama menjadi wahana bagi memupuk perpaduan dalam kehidupan masyarakat multi-etnik. Perkembangan awal dialog agama di Barat adalah bertujuan menghakis perspektif buruk terhadap agama Kristian. Pelbagai langkah yang pro-aktif telah dilakukan oleh Kristian dengan membudaya dialog agama khususnya dalam menjalin hubungan dengan dunia Islam. Pada peringkat awal, pemimpin agama hanya memberi fokus terhadap bentuk dialog yang berlaku secara formal. Dialog kehidupan menjadi pilihan dalam menangani isu-isu yang melibatkan konflik antara agama dan budaya dalam masyarakat multi etnik. Melalui perkongsian kegiatan, dialog kehidupan mampu memberi kefahaman kepada masyarakat yang beraneka agama dan budaya untuk saling menghormati, menghargai dan bertoleransi antara satu dengan lain. Dialog kehidupan menjadi alternatif pilihan dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan konflik antara agama dan budaya dalam masyarakat multi-etnik.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []