KEPEMIMPINAN WANITA DALAM KESULTANAN ACEH DAR AL-SALAM

2019 
KEPEMIMPINAN  WANITA DALAM KESULTANAN ACEH DAR AL-SALAM Shah Rul Anuar Nordin 1 , Khairul Azman Mohd Suhaimy 2 ,  Fauziah Ani 3 , Nur Zainatul Nadra Zainol 4 , Nik Kamal Wan Mohamed 5, Abdul Shakor Borham 6 , Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar 7 1 shahrul@uthm.edu.my, 2 khairula@uthm.edu.my , 3 fauziaha@uthm.edu.my , 4 nadra@uthm.edu.my, 5 kamal@uthm.edu.my , 6 shakor@uthm.edu.my , 7 khadijah@uthm.edu.my Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. ABSTRAK Artikel ini bertujuan untuk menyorot kembali kebijaksanaan politik masyarakat Melayu Islam dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17M. Kesultanan Aceh Dar al-Salam merupakan antara kesultanan Islam di dunia yang pernah melantik wanita sebagai ketua negara. Empat orang Sultanah telah berjaya menerajui Kesultanan Aceh pada abad ke 17M dan sekaligus membuktikan bahawa wanita Melayu bijak, berani dan apa yang lebih penting ia dilakukan tanpa menimbulkan kontroversi dalam tatasusila beragama selama 58 tahun. Mereka adalah Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675) , Sultanah Nurul Alam Naqiatuddin Shah (1675-1678) , Sultanah Zakiatuddin Inayat Shah (1678-1688) dan Sultanah Zinatuddin Kamalat Shah (1688-1699) . Penulisan ini cuba menyingkap pengalaman dan rahsia unik kepemimpinan  wanita Melayu Islam dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17M melalui metode kualitatif menggunakan pendekatan analisis isi kandungan buku, jurnal serta dokumen berkaitan. Kajian mendapati bahawa sumber kekuatan kepemimpinan wanita dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17M adalah para ulama. Gandingan antara umara dan para ulama yang terkenal pada waktu itu seperti Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Sheikh Abdul Rauf Singkil berjaya mengekalkan dominasi politik Aceh di persada dunia. Selain itu, cinta kepada ilmu pengetahuan menyebabkan karya-karya tulis para ulama seperti kitab Taj al-Salatin dan fatwa Sheikh Abdul Rauf Singkil dijadikan panduan oleh kepemimpinan  wanita pada waktu itu. Kata kunci: Kepemimpinan, Wanita, Kesultanan Aceh Dar al-Salam.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []