Kajian penambahbaikan modul program tafaqquh di masjid ke arah memantapkan dinamisme pengajian fiqh semasa

2011 
Kertas kerja ini memberikan fokus kepada model pembangunan modul program tafaqquh semasa di Masjid. Ianya merupakan usaha tinjauan (pilot studies) awal daripada projek penyelidikan ilmiah (FRGS/1/10/SSK/UUM/03/2) tajaan Universiti Utara Malaysia dengan tajuk “Pembangunan Masyarakat Berilmu Melalui Institusi Masjid: Ke Arah Pembinaan Modul Program Tafaqquh Bersifat Semasa”. Bagi mendapatkan gambaran yang holistik dengan tema dan subjek yang dikaji, tumpuan utama akan diberikan kepada beberapa perkara utama; sejarah perkembangan modul program tafaqquh di dalam masyarakat rantau Alam Melayu; teori pendidikan Islam yang dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Islam Negara: kaedah pengajian Fiqh daripada perspektif metodologi dan pedagogi semasa dan akhirnya pembentangan modul program tafaqquh semasa Islam alternatif di Malaysia.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []