Perkembangan teknologi antena solar: satu tinjauan

2020 
Penggunaan tenaga suria secara umumnya adalah penyelesaian semulajadi kepada masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil yang dilakukan bagi menampung keperluan tenaga elektrik pada hari ini. Selain menjadi bahan alternatif kepada sumber yang kian terhad, penyelidikan mengenai tenaga suria juga menarik minat ramai daripada pelbagai bidang dan industri kerana sifatnya yang boleh diperbaharui. Industri teknologi komunikasi juga tidak terkecuali. Kemajuan industri ini pada hari ini menjadikan integrasi antena dan sel suria penting untuk diterokai bagi menangani isu seperti ruang permukaan yang terhad pada sesuatu alat komunikasi, mahupun bagi aplikasi kendiri yang memerlukan sistem telekomunikasi dikuasakan sendiri. Adalah menjadi satu kemestian bagi menganalisis sifat-sifat antena solar yang sedia ada sebagai satu langkah awal sebelum proses penambahbaikkan dan penyesuaian pada reka bentuk dan penyelidikan seterusnya dilakukan. Di dalam kajian ini, tinjauan yang menyeluruh bagi perkembangan teknologi dalam reka bentuk antena solar dibincangkan. Antena dikategorikan kepada jenis legap, jenis separa lut sinar, dan jenis lut sinar, bergantung kepada ketelusan elemen antena tersebut. Setiap kategori yang diulas juga merangkumi konfigurasi antenanya, bahan yang digunakan, jenis sel suria yang digunapakai dan frekuensi operasi bagi antena, prestasi antena dan sel surianya, serta proses integrasi yang terlibat.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []