Strategi awal menghafaz Al-Quran menurut Abu Dzar Al-Qalamuni

2015 
Kewujudan pengajian tahfiz di Malaysia pada masa kini semakin berkembang pesat. Perkembangan ini disebabkan oleh kesedaran dan permintaan ibu bapa dalam menerapkan al-Quran kepada anak-anak melalui hafazan. Sekolah tahfiz berperanan melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai al-Quran dari segi bacaan, pemahaman, dan hafazan. Dalam pengajian tahfiz, pelajar memerlukan strategi untuk menghafaz al-Quran. Tanpa strategi, pelajar sukar untuk mengingat ayat-ayat al-Quran. Kesukaran ini akan memberi kesan kepada kualiti dari aspek kelancaran dan pengekalan hafazan. Ciri-ciri strategi menghafaz al-Quran yang berkesan adalah bermula dengan persediaan yang mantap dan teratur. Justeru artikel ini bertujuan mengenalpasti persediaan pelajar sebelum menghafaz al-Quran menurut al-Qalamuni dalam karyanya ‘Aunir Rahman fi Hifzil Quran. Hasil penelitian mendapati bahawa alQalamuni membahagikan persediaan sebelum menghafaz al-Quran kepada dua bahagian, iaitu persediaan luaran dan dalaman. Dapatan kajian ini akan menjadi panduan buat guru dan pelajar dalam merangka strategi awal menghafaz al-Quran dengan lebih baik.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []