Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Terhadap Pencegahan HIV/AIDS di Kalangan Ibu Muda

2018 
ABSTRAK Pengenalan:  Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau  AcquiredImmunodeficiency Syndrome (AIDS) adalah berpunca daripada jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan merupakan penyakit dengan morbiditi dan mortaliti yang tinggi. Ibu muda adalah sub-populasi yang berisiko tinggi untuk memperoleh HIV melalui aktiviti seksual. Maklumat mengenai tahap pengetahuan, sikap dan amalan di kalangan ibu muda di Malaysia mengenai pencegahan HIV/AIDS adalah terhad.  Kaedah:  Satu kajian keratan rentas telah dijalankan di sebuah hospital tertiari di pusat bandar di kalangan 147 ibu muda berusia 18-30 tahun untuk menentukan tahap ini.  Keputusan :  Majoriti daripada ibu muda mempunyai pengetahuan (78.8%) dan amalan (71.2%) yang baik terhadap pencegahan HIV/ AIDS. Lebih separuh (56.7%) daripada mereka mempunyai sikap yang positif terhadap pencegahan HIV / AIDS. Tinggal di kawasan bandar dan status berkahwin berkait dengan mempunyai pengetahuan yang baik dan sikap yang positifterhadap pencegahan HIV / AIDS. Manakala, ibu yang berumur 5 tahun lebih tua berbanding dengan yang lebih muda dan status berkahwin berkait dengan mempunyai amalan yang baik terhadap pencegahan HIV / AIDS.  Kesimpulan:  Tahap pengetahuan, sikap dan amalan serta faktor yang berkaitan dengannya boleh dijadikan sebagai garis dasar untuk merancang program kesihatan untuk mencegah HIV/AIDS di kalangan kumpulan yang rentan ini. Kata kunci:
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []