Brief rational emotive behavioral therapy (brief rebt): Satu pendekatan alternatif untuk menangani kerisauan dan stres dalam kalangan anak yatim di institusi

2008 
Anak-anak yatim yang berada dalam institusi anak yatim di negeri Kedah didapati mengalami simptom kerisauan dan stress yang tinggi. Satu modul pendekatan kaunseling singkat (brief) telah dibentuk sebagai kaedah alternatif bagi membantu anak yatim yang telah dikenal pasti mengalami simpton kerisauan dan stress ini.Ahli psikologi yang menggunakan pendekatan tingkah laku kognitif atau penekanan 'Rational Emotive Behavioral Therapy' (REBT) mengambil pendekatan ini sebagai asas untuk membantu individu yang risau dan tertekan keran pendekatan ini mengambil kira proses pemikiran manusia iaitu bagaimana kita tahu, memahami, mempelajari serta berfikir berkenaan sesuatau perkara.Pendekatan yang dipelopori oleh Albert Ellis sejak tahun 1955 ini berpandangan bahawa setiap perlakuan yang ditunjukkan bukan sepenuhnya bergantung kepada ransangan persekitaran tetapi proses pemikiran individu tersebut. Modul Intervensi Kelompok Singkat Fokus REBT (IKSF REBT) telah dibentuk berasakan Solution Focused Brief Therapy dan pendekatan Rational Emotive Behavioral Therapy (REBT) untuk digunakan kepada kelompok anak yatim ini.'Brief Rational Emotive Behavioral Therapy'(Brief REBT) yang mempunyai ciri-ciri seperti masa singkat,focus kepada penyelesaian masalah yang spesifik dan mempunyai matlamat yang jelas dan kecil akan berpotensi membantu kelompok anak yatim yang berada dalam institusi untuk mengurangkan kerisauan dan stres.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []