FIBRE CHARACTERISTICS OF GIGANTOCHLOA LEVIS AND DENDROCALAMUS ASPER AS INFLUENCED BY ORGANIC FERTILIZERS

2005 
ABASOLO, W. P., FERNANDEZ, E. C. & LIESE, W. 2005. Ciri gentian Gigantochloa levis dan Dendrocalamus asper di bawah pengaruh baja organik. Kesan tahi ayam, tahi lembu dan abu sekam padi yang dibubuh pada kadar berbeza selama tempoh tiga tahun dikaji terhadap ciri-ciri gentian Gigantochloa levis dan Dendrocalamus asper. Apabila perubahan komposisi tanih yang diakibatkan oleh baja organik dikorelasikan dengan ciri gentian individu, satu hubungan signifikan didapati. Ketebalan dinding gentian kedua-dua spesies dipengaruhi secara positif oleh pH sementara nitrogen hanya memberi kesan kepada diameter gentian D. asper. Fosforus meningkatkan panjang gentian G. levis dan ketebalan dinding gentian D. asper. Kalium mempengaruhi secara positif diameter gentian G. levis tetapi sebaliknya bagi ketebalan dinding gentian D. asper. Bahan organik meningkatkan secara signifikan diameter gentian kedua-dua spesies. Oleh itu, untuk mengawal kualiti gentian buluh mengikut kegunaan akhir yang dikehendaki, adalah penting komposisi individu tanih diawasi.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    3
    References
    3
    Citations
    NaN
    KQI
    []