Bioteknologi moden: aplikasi, status, isu etika dan perspektif penyelidik dan industri terhadap prinsip etika utama

2019 
Perkembangan bioteknologi moden di Malaysia menimbulkan pelbagai kontroversi. Terkini, Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan telah meluluskan 29 jenis produk kejuruteraan genetik (GE) ke dalam pasaran Malaysia. Antara isu-isu etika dalam bioteknologi moden dan produknya ialah kesan jangka masa panjang, kesan terhadap kesihatan dan alam sekitar, kesan sosio-ekonomi dan isu ‘bertindak seolah-olah Tuhan’ Malaysia seharusnya bergerak seiring dengan negara-negara barat untuk mewujudkan garis panduan etika bioteknologi moden. Garis panduan etika memerlukan prinsip panduan. Objektif artikel ini ialah untuk membincangkan aplikasi, status, isu-isu etika bioteknologi moden dan perspektif penyelidik dan industri di Malaysia terhadap prinsip etika sekular utama iaitu autonomi, kebajikan, tidak memudaratkan dan keadilan. Penyelidikan ini dijalankan secara perbincangan kumpulan fokus (FGD) menggunakan instrumen semi berstruktur. Perbincangan yang diadakan mengambil masa sekitar 3 jam dan telah dirakam. Rakaman perbincangan telah ditranskrip secara ‘verbatim’ sebelum dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua panel amat bersetuju mengenai kepentingan dan kesesuaian keempat-empat prinsip etika untuk diguna pakai sebagai prinsip bagi garis panduan etika bioteknologi moden di Malaysia. Para panel telah mencadangkan penyusunan semula empat prinsip etika kepada tiga dan telah menambahbaik terma, menghasilkan prinsip autonomi dan kepentingan awam; kebajikan dan tidak memudaratkan; dan keadilan dan bukan diskriminasi. Panel juga telah menambahbaik huraian bagi definisi setiap prinsip yang ada.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []