Pembangunan aturcara berlandaskan algoritma genetiksebagai kaedah penyelesaian masalah pengagihan frekuensisistem komunikasi selular / Fadzil Ahmad, Mohamad Faizal Abd Rahman and Rozan Boudville

2008 
Dalam projek ini, aturcara komputer untuk penyelesaian masalah peruntukan saluran bagi sistem radio selular telah dibangunkan. Fungsi utama aturcara ini adalah untuk memperuntukan atau mengagihkan saluran-saluran kepada sel-sel, dengan cara yang akan meminimumkan penggunaan frekuensi dan pada masa yang sama gangguan di kalangan panggilan-panggilan dari sel-sel yang berbeza dapat dielakkan. Masukan aturcara ini adalah bilangan permintaan panggilan bagi sel-sel dalam sistem komunikasi selular dan kekangan gangguan di antara sebarang dua sel bagi membolehkan panggilan dari sel-sel tersebut dilakukan tanpa gangguan. Aturcara ini dibangunkan berdasarkan pendekatan Algoritma Genetik yang menggunakan strategi pencarian heuristik. Penjanaan populasi permulaan adalah dilakukan dengan cara yang membolehkan penyelesaian yang menghampiri penyelesaian optimum terhasil apabila saiz populasi yang besar dipilih. Operasi mutasi genetik pula dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti penyelesaian permulaan yang didapati sebelumnya kepada satu penyelesaian optimum. Keputusan simulasi yang menggunakan set- set masukan yang berbeza dilaporkan. Perbincangan secara mendalam mengenai kesahihan keluaran aturcara itu juga dilakukan. Di samping itu juga kajian terhadap jenis-jenis gangguan dan skema-skema peruntukan frekuensi turut dikaji.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []