Analisis penyerakan isyarat gelombang mikro elemen gelung segi tiga daripelbagai jenis filem pengalir lutsinar pada jalur-Ku

2014 
Kajian mengenai perbandingan penyerakan isyarat gelombang mikro jalur-Ku dari satu reka bentuk elemen berbentuk gelung segi tiga yang diperbuat dari pelbagai jenis fi lem lutsinar bersifat pengalir dibincangkan dalam kertas kerja ini. Dalam kajian ini, empat jenis fi lem lutsinar telah digunakan, iaitu Kapton, ITO, AgHT-4 dan AgHT-8. Setiap fi lem ini kemudiannya diletakkan di atas panel kaca suria dan diikuti dengan lapisan RT/Duroid 5880 sebagai dasar. Elemen ini telah direka untuk beroperasi pada julat frekuensi jalur-Ku. Keputusan simulasi yang diperolehi dari perisian CST studio gelombang mikro menunjukkan bahawa elemen diperbuat dari fi lem Kapton telah mempamerkan keputusan yang sangat baik. Julat fasa lelurusnya mencapai 361°, manakala kecerunan fasanya sangat rendah dengan nilai 0.063°/μm telah diperolehi. Didapati juga bahawa elemen yang beroperasi pada frekuensi duaan ini boleh mencapai lebar jalur sebanyak 15.2% dan amat sesuai dijadikan elemen antena tatasusun pantulan solar untuk aplikasi-aplikasi di atas permukaan bumi.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []