Pengujian psikometrik item kecerdasan menghadapi cabaran untuk pelajar lelaki kejuruteraan mekanikal menggunakan model pengukuran Rasch

2020 
Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan pelajar lelaki yang berdaya tahan untuk industri. Salah satu kecerdasan yang berkait rapat dengan daya tahan ialah Kecerdasan Menghadapi Cabaran (AQ). Walaupun banyak jenis pengujian kecerdasan kepada pelajar yang telah dibangunkan, namun amat terhad instrumen yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan tinggi. Kajian ini bertujuan menguji sama ada item pengukuran AQ mempunyai ciri psikometrik yang baik dalam konteks pelajar lelaki kejuruteraan mekanikal berdasarkan analisis Rasch. Selain itu, kajian tahap AQ dalam kalangan responden turut dikenal pasti. Sebanyak empat konstruk AQ merangkumi kawalan (control), kepunyaan (ownership), jangkauan (reach) dan ketahanan (endurance). Kaedah pensampelan rawak berstrata digunakan dalam kalangan 318 pelajar lelaki dalam bidang pengajian diploma kejuruteraan mekanikal dari lima zon iaitu utara, barat, selatan, Borneo dan timur. Sebanyak 47 daripada 66 item telah memenuhi ciri psikometrik permodelan statistik Rasch menggunakan perisian WINSTEPS 3.71. Kekuatan item dilaporkan melalui analisis grafik Wright Map dan Carta Bubble. Skala empat mata didapati bersesuaian digunakan. Tahap AQ responden dilaporkan berada pada tahap sederhana rendah. Adalah disarankan, kesesuaian item dikaji menggunakan analisis multivariat dengan sampel lebih besar. Selain itu, kajian ini dicadangkan untuk digunakan sebagai penilaian kendiri dan penilaian sesama rakan sebaya bagi tujuan penambahbaikan diri.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []