PERSPEKTIF LITERASI MEDIA ASPEK ANALISIS DAN PENILAIAN: AMALAN INTEGRITI PENYERTAAN POLITIK GOLONGAN MUDA DI MEDIA SOSIAL

2019 
Tahap rendah penyertaan politik golongan muda di Malaysia pernah dilaporkan sebagai satu fenomena yang menuntut kajian dan perbincangan umum. Mula PRU-13 penyertaan politik golongan muda dilaporkan mencetus gelombang tsunami kepada sfera politik negara. Inovasi media sosial dilaporkan pencetus kesedaran, kecenderungan dan minat menyertai politik golongan muda. Berbanding media konvensional seperti televisyen, radio dan suratkhabar, media sosial menawarkan aplikasi interaktif, agen pencarian maklumat pantas dan komunikasi efektif. Kemunculan laman rangkaian media sosial telah mewujudkan paradigma gelombang baru dalam masyarakat terutama golongan muda. Kesan pendedahan kandungan media kepada individu dan masyarakat membawa kepada perdebatan literasi media terutama aspek analisis dan penilaian. Idea utama literasi media ini adalah sebagai garis panduan kepada pengguna media terutama golongan muda menggunakan media dengan asas nilai integriti. Kemahiran aspek analisis dan penilaian menuntut pengguna agar mempunyai pemikiran kritis; amalan komposisi mesej dan kreativiti; keupayaan untuk menyertai politik secara berintegriti di media sosial. Apabila seseorang mempunyai kompetensi literasi digital dan media, mereka mengiktiraf hak peribadi orang lain, agenda korporat, budaya dan politik serta menggunakan hak bersuara mereka mengikut landasan nilai integriti. Selain itu, golongan muda yang bermoral mempuyai tahap tinggi keupayaan menilai sumber dan kandungan politik yang berintegriti; tidak palsu, tiada unsur provokasi dan tular. Keupayaan dan pemahaman golongan muda memahami aspek analisis dan penilaian merupakan kemahiran literasi media penting kerana melalui media selain sebagai pengguna, golongan muda mampu bertindak sebagai produser kepada kandungan media di media sosial.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    3
    Citations
    NaN
    KQI
    []