KATA GANTI NAMA DALAM DIALEK KERINCI
2011
Kata ganti nama merupakan subsistem dari sistem nama yang lebih besar dan boleh dibahagikan kepada tiga pecahan lagi iaitu kata ganti nama diri, ganti nama petunjuk dan ganti nama tanya. Ganti nama diri digunakan oleh manusia untuk merujuk kepada diri sendiri atau kepada manusia yang lain (Asmah Omar,2008). Kajian deskriptif secara struktural dalam konteks sosiolinguistik ini meneliti kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga dalam situasi tidak formal. Kajian ini juga bertujuan untuk mendokumentasikan dan melihat kata ganti nama dalam dialek Kerinci yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Menurut Asmah Omar (2005) adanya komuniti-komuniti Jawa, Acheh, Mandaling, Kerinci dan sebagainya di Semenanjung Malaysia adalah sebagai hasil daripada kecenderunga merantau dalam kalangan penduduk di Gugusan Kepulauan Melayu. Komuniti Kerinci mula berhijrah ke Tanah Melayu seawal tahun 1900. Selain daripada faktor merantau dan mencari rezeki, golongan ini telah berhijrah ke Tanah Melayu kerana melarikan diri daripada penjajah Belanda yang mendiami Indonesia pada ketika itu. Antara negeri yang dikesan terdapatnya komuniti Kerinci ini ialah negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, dan Kuala Lumpur. Namun, kajian ini hanya memfokuskan pada satu kawasan sahaja, iaitu kawasan Kampung Parit Tengah, Yong Peng, Johor.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
2
Citations
NaN
KQI