PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN YOUTUBE SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT AGAMA: SATU PERSPEKTIF DARI SEGI JANTINA

2018 
YouTube is the most popular video-based website and allows users to upload various types of Islamic related videos. It has become the trend of modern life today, especially in the younger generation. The objective of this study is to identify gender differences with YouTube's acceptance and use. This study uses a quantitative methodology that is a quasi-experimental design by distributing 153 questionnaires to Muslim students in computer labs. The data were analyzed using crosstab test and t test. Crosstab test results show that women are higher than men in their own initiative using YouTube, location of surfing YouTube, medium in surfing YouTube, time surfing on YouTube, YouTube search based on religion, the suggestions to use YouTube as a source of religious information and discussion of religious information. In terms of t test analysis, the results of the study found that male and female students had the same tendency in terms of performance expectancy, effort expectancy, social influence, facilitating condition and behavioral intention. However, male students using YouTube are high compared to female students. In summary, this study provides an overview of gender factor in the acceptance and use of YouTube as the source of religious information.   Keywords: YouTube, gender, acceptance and use.     Abstrak YouTube merupakan laman web berasaskan video yang paling popular dan memberi ruang kepada pengguna memuat naik pelbagai jenis video berkaitan Islam. Ia menjadi trend kehidupan masyarakat moden dewasa ini terutama dalam kalangan generasi muda. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan jantina dengan penerimaan dan penggunaan YouTube. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif yakni reka bentuk kuasi eksperimen dengan mengedar 153 soal selidik kepada pelajar beragama Islam di makmal komputer. Data dianalisis menggunakan ujian crosstab dan ujian t. Hasil kajian secara ujian crosstab menunjukkan perempuan lebih tinggi berbanding lelaki dalam inisiatif sendiri menggunakan YouTube, lokasi melayari YouTube, medium melayari YouTube, waktu melayari YouTube, pencarian YouTube berdasarkan agama, cadangan menggunakan YouTube sebagai sumber maklumat agama dan perbincangan maklumat agama. Dari segi analisis ujian t, hasil kajian mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kecenderungan yang sama dari segi  jangkaan prestasi, jangkaan keupayaan, pengaruh sosial, memudahkan keadaan dan keinginan bertingkahlaku.  Walau bagaimanapun, pelajar lelaki menggunakan YouTube adalah tinggi berbanding pelajar perempuan. Secara ringkasnya, hasil kajian ini memberi gambaran mengenai faktor jantina dengan penerimaan dan penggunaan YouTube sebagai sumber maklumat agama.   Kata kunci: YouTube, jantina, penerimaan dan penggunaan.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []