Himpunan modul TMK untuk sekolah siri 1: pengurusan komputer, data dan maklumat sekolah

2016 
Buku Himpunan Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Untuk Sekolah merupakan himpunan beberapa modul yang boleh membantu guru-guru dalam mengoptimakan penggunaan makmal komputer sedia ada di sekolah. Modul-modul yang terkandung dalam buku ini adalah (1) Kaedah Menformat Komputer; (2) Kaedah Penggunaan Microsoft Windows 8; (3) Kaedah Penggunaan Parental Control; (4) Pengurusan Data: Microsoft Access 2010; (5) Pengurusan Laman Web: Weebly; dan (6) Pengurusan Keselamatan dan Maklumat Peribadi. Himpunan modul siri 1 merangkumi kaedah pengurusan komputer, data dan maklumat untuk digunakan sebagai panduan oleh guru dan pentadbir sekolah dalam menguruskan makmal komputer. Ini penting bagi memastikan operasi makmal komputer sekolah dapat dilakukan oleh guru di sekolah tanpa bantuan dari luar. Kaedah penggunaan Microsoft Windows 8 dimasukkan dalam buku ini bertujuan membantu guru untuk menggunakan sistem pengoperasian Windows yang baru. Buku ini menerangkan langkah demi langkah dalam setiap tajuk yang dinyatakan. Beberapa panduan juga diberikan bagi memudahkan guru memahami proses yang berkaitan serta memudahkan penggunaan modul ini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []