Reka letak dalam Ragam Hias Kitab Maulid di Alam Melayu

2018 
Kitab maulid merupakan salah satu daripada manuskrip yang terdapat di Kepulauan Melayu.  Kitab agama ini dipenuhi dengan ayat-ayat yang memuji baginda Rasulullah s.a.w. Kitab ini juga mempunyai pelbagai rupa ragam hias yang indah dan dalam gayanya tersendiri. Ragam hias kitab maulid  memiliki bentuk, motif dan warna yang beragam serta menarik. Penggunaan motif dalam menghasilkan ragam hias ini adalah hasil pengamatan terhadap alam yang diadaptasikan ke dalam  karya mereka. Motif tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan yang biasanya digunakan oleh pengkarya. Namun begitu penggunaan motif geometrik tetap digunakan bagi menggambarkan pemikiran pengkarya Melayu yang kreatif.   Ragam hias yang menghiasi bahagian hadapan, bahagian dalam dan bahagian terakhir merupakan reka letak asas hiasan dalam kitab maulid. Bingkai dalam dua garis berganda yang dihiasi dengan pelbagai motif organik atau geometrik. Penggunaan warna juga turut mampu menarik perhatian penghayat seni. Rekaletak lain yang bersesuaian dengan pengamatan pengkarya menjadikan karya mereka lebih menarik
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []