PENGURUSAN STRES REMAJA CEMERLANG (Stress Management of Excellent Adolescents)

2020 
ABSTRAK Zaman remaja yang mencabar turut memberi kesan kepada golongan remaja cemerlang. Remaja cemerlang dan berbakat merupakan golongan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum yang sebahagiannya merupakan para pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Walaupun cemerlang dalam pelbagai bidang, pada masa yang sama, mereka turut mengalami stres yang merupakan gejala kejiwaan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Terdapat pelbagai punca stres golongan ini, antaranya keinginan melakukan sesuatu pekerjaan dengan sempurna. Mereka mengharapkan hasil yang terbaik daripada setiap usaha yang dilakukan. Selain itu, pelajar cemerlang ini juga berhadapan dengan harapan tinggi oleh ibu bapa dan masyarakat. Mereka akan merasa tertekan jika tidak dapat memenuhi harapan yang telah diberikan kepada mereka. Remaja cemerlang juga dikaitkan dengan stres kerana berhadapan dengan daya saing yang tinggi antara mereka. Oleh itu, artikel ini menganalisis perbincangan yang berkaitan dengan pengurusan stres oleh golongan remaja cemerlang. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan dengan melakukan analisis dokumen terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja cemerlang mempunyai cara yang tersendiri untuk menangani stres dengan menggunakan kelebihan yang ada pada mereka, contohnya kemahiran komunikasi dan penyelesaian konflik. Selain itu, golongan ini juga perlu mengetahui punca yang menyebabkan mereka menjadi stres. Dengan cara ini mereka akan lebih bersedia daripada aspek mental dan fizikal sebelum berlakunya stres yang sebenar. Sokongan ibu bapa dan guru serta amalan-amalan tertentu di dalam Islam juga turut membantu remaja cemerlang dalam pengurusan stres yang efektif. ABSTRACT Challenging teenage years are also affecting excellent teenagers. Excellent teenagers means the teenager whom excel in academics and co-curriculum which some of the students are selected to further their studies at Boarding Schools (SBP) and Mara College of Science (MRSM). Although they excel in many areas, at the same time, they also suffer from stress that is a psychological symptom and can happen to anyone regardless of age. There are various sources of stress for this group, including the desire to do a good job. They expect the best from every effort. In addition, these outstanding students also face high expectations from parents and the community. They will be depressed if they cannot fulfill the expectations they have been given. Outstanding teenagers are also associated with stress due to the high competitiveness between them. Therefore, this article analyzes discussions related to stress management by excellent teenagers. Qualitative research methods are used by performing document analysis on past studies. The results show that excellent teenagers have their own way of coping with stress such as using their advantages, such as communication skills and conflict resolution. In addition, these groups also need to know the causes of their stress. This way they will be better prepared mentally and physically before the actual stress. The support of parents and teachers as well as specific practices in Islam also help excellent teenagers in effective stress management.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []