Motivasi : Realiti atau fantasi teori / Hasnizawati Hashim, Rozieana A. Halid and Mohd Norajizal Abd. Aziz
2008
Pendekatan yang diperkenalkan berkaitan dengan motivasi bukanlah
suatu perkara yang baru. Terdapat banyak aplikasi yang telah
digunapakai oleh banyak organisasi untuk memotivasikan pekerja
masing-masing. fa adalah berdasarkan kepada dejinisi yang diberikan
oleh Mary Parker Follet (Stoner et aI., 1995) yang mengatakan bahawa
pengurusan ialah suatu seni bagaimana sesuatu objektif itu tercapai
melalui perlaksanaan yang dilakukan oleh orang lain. Justeru sebagai
aset utama organisasi pekerja perlulah dilatih dan sentiasa bermotivasi
tinggi agar dapat bersama-sama menjayakan perancangan strategik
yang telah diwacanakan. Persoalannya ialah apakah pendekatan yang
boleh digunakan untuk terus memastikan bahawa seseorang pekerja itu
akan terus bermotivasi tinggi. Kertas konsep ini akan menerangkan
mengenai beberapa pendekatan yang diaplikasikan oleh pelbagai
pengurus peringkat atasan yang dirasakan berkesan terhadap organisasi.
Pendekatan ini lebih memfokuskan kepada bagaimana ianya dijalankan
dan bukannya sekadar teori semata-mata yang tidak memberikan apaapa faedah kepada orang lain.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI