Konsep kendiri lelaki lembut melalui penerokaan teknik lukisan projektif

2016 
Kajian ini adalah bertujuan untuk memahami konsep kendiri lelaki lembut melalui penerokaan teknik lukisan projektif elemen Rumah, Pokok, Orang (RPO). Seramai empat puluh orang peserta kajian dari salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terdiri daripada dua puluh orang sampel kajian lelaki lembut dan dua puluh orang sampel kawalan yang dipilih secara rawak telah dikenalpasti. Kaedah pemerhatian digunakan berdasarkan lapan kriteria yang telah diguna pakai dalam kajian lepas untuk memilih peserta kajian lelaki lembut, manakala pentafsiran lukisan projektif elemen Rumah, Pokok, Orang (RPO) berdasarkan buku manual panduan Kinetic-House-Tree-Person Drawing dan Personality Projection in The Drawing of Human Figure. Analisis berdasarkan pentafsiran simbol-simbol lukisan yang terdapat pada struktur dan bentuk elemen gambar Rumah, Pokok, Orang (RPO). Dapatan kajian mendapati bahawa lukisan projektif elemen Rumah, Pokok, Orang (RPO) dapat merungkai konsep kendiri lelaki lembut dan konsep kendiri mempunyai hubung kait dengan perhubungan dalam keluarga terutama bapa kepada peserta kajian lelaki lembut. Kajian ini memberi implikasi kepada penerokaan konsep kendiri lelaki lembut, iaitu dapat mengenali potensi diri yang boleh dipertingkatkan dan memperbaiki kelemahan yang wujud pada diri mereka.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []