Budaya politik masyarakat Melayu: Satu analisis

2021 
Budaya politik di Malaysia khususnya budaya politik orang Melayu adalah tidak menonjol yang mana mereka tidak akan menyatakan sesuatu pendirian kecuali dicabar seperti dalam peristiwa 13 Mei 1969. Terbaru pada Disember 2018, masyarakat Melayu bangkit melakukan demonstrasi secara besar-besaran menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), iaitu ratifikasi antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut mewujudkan kesaksamaan antara semua tanpa mengira kaum. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis budaya politik masyarakat Melayu berdasarkan kepada konsep budaya politik melalui pendekatan “parochial”, “subject” dan “participant”. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunkan pendekatan analisis dokumen dan juga pemerhatian dengan mengambil kira isu-isu semasa yang berlaku dalam politik Malaysia. Hasil kajian menunjukkan budaya politik masyarakat Melayu telah mengalami satu tahap perubahan iaitu daripada budaya politik “subject” ke budaya politik “participant”. Hal ini terbukti menerusi peristiwa politik yang berlaku sepanjang 20 tahun, bermula era reformasi sehingga ke era Malaysia baharu. Secara teorinya, kajian ini memberi sumbangan dalam bidang politik dengan memberikan gambaran tentang perubahan landskap politik dalam masyarakat Melayu sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Manakala, secara praktikalnya, kajian ini amat penting ke arah keseimbangan dan kematangan proses demokrasi.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []