Pengasingan Strain Baru Kulat dari Tanah Di Malaysia untuk Penghasilan Asid γ –Linolenik (GLA)
2001
Kajian telah dijalankan untuk mendapatkan strain baru kulat yang menghasilkan GLA hasil penyaringan 21 pencilan yang diperoleh daripada tanah hutan simpan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Sebanyak 5 pencilan kulat daripada 21 pencilan yang diperoleh telah dikenalpasti menghasilkan asid γ–linolenik (GLA) (18:3, n-6) iaitu SK8, SK22, 2A1, DR dan K3, yang menghasilkan 6%, 7.6%, 6.9% 5.4% dan 13.5% GLA daripada asid lemak total masing-masing. Kelima-lima pencilan tersebut juga didapati menghasilkan peratusan lipid yang berbeza, iaitu 30%, 20%, 32%, 30% dan 8% lipid total (w/w, biojisim), masing-masing. Pencilan K3 mempunyai kandungan GLA yang setara dengan kandungan GLA dalam minyak ‘Evening Primrose’ yang dihasilkan secara komersial pada masa kini, iaitu 8-12% GLA dari asid lemak total. Pencilan 2A1 menunjukkan penghasilan GLA tertinggi (0.0096g GLA/g glukosa) berbanding SKA, SK22, DR dan K3, yang menghasilkan 0.0032. 0.0039, 0.007 dan 0.0025g, GLA/g glukosa, masing-masing. Perbezaan profil asid lemak bagi keseluruhan 21 pencilan juga dibincangkan.
Kata kunci: Oleaginous; kulat; γ-linolenic; asid lemak poli-tidak-tepu.
In our studies, 21 filamentous fungi were isolated from soil obtained from various sites of forest reserves in Selangor and Negeri Sembilan. Five isolates (SK8, SK22, 2A1, DR and K3) were found to produced γ–linolenic acid (GLA) (18:3, n–6) at 6%, 7.6%, 6.9%, 5.4% and 13.5% of their respective total fatty acid with lipid contents of 30%, 20%, 32%, 30% and 8% (w/w, biomass), respectively. The GLA content of K3 is comparable to that of the commercially available ‘Evening Primrose’ with GLA comprising of 8–12% of its total fatty acids. The difference in the fatty acid profiles from all 21 isolates is discussed here.
Key words: Oleaginous; fungi γ-linolenic; polyunsaturated fatty acids.
Keywords:
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
4
Citations
NaN
KQI