Dokumentasi saintifik: resipi tinta tradisional dan bahan penulisan manuskrip di rantau Melayu

2020 
Dokumentasi dan penerangan mengenai pembuatan tinta asli dan bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan Manuskrip Melayu sering menjadi topik minimal dalam perbincangan literatur dan tidak didokumentasikan dengan baik. Segala maklumat dan pengetahuan berkaitan pembuatan tinta dipercayai hanya diwaris dari satu generasi kepada generasi melalui dari kata lisan dan bukan melalui dokumentasi yang formal. Lebih menyedihkan lagi, ilmu terhadap pembuatan tinta hanyalah terhad kepada kalangan masyarakat eksklusif seperti pegawai istana, guru agama serta pelajar mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini didedikasikan untuk memberi pendedahan terhadap resipi tinta tradisional Melayu serta bahan-bahan lain yang digunakan bagi menghasilkan naskah manuskrip melalui beberapa pendekatan, iaitu wawancara berstruktur dan sumber literatur. Secara tradisional, tinta yang terdapat pada manuskrip melayu adalah berasaskan sumber karbon dan dihasilkan daripada sumber semula jadi seperti arang hitam dan arang dari kulit manggis, getah gajus, beras ketan, telur putih, minyak dari kulit buah gajus, lada hitam, garam, minyak kelapa dara dan cuka sawit yang terdapat di kawasan sekeliling. Bahan kertas pula adalah kertas tangan yang diimport dari Eropah mahupun Asia Tenggara. Kajian ini merupakan inisiatif baru bagi mendedahkan sejarah tinta tradisional Melayu dan memperluaskan lagi pengetahuan repertoir dalam teknologi kimia Melayu dan bahan lain yang digunakan bagi penghasilan naskah Manuskrip Melayu. Hasil dapatan mendapati, secara empiris dapat membuktikan legasi tinta hitam tradisional Melayu adalah membuktikan kebijaksaan masyarakat Melayu terdahulu yang tidak berpendidikan tinggi tapi mampu memahami komposi kimia yang terdapat pada setiap bahan yang digunakan bagi menghasilkan tinta tradisional serta cepat menyerap ilmu yang diperolehi dari sumber luar.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []