KEBERKESANAN WHEEL OF LIFE SEBAGAI TEKNIK MEMPROFIL KEMENJADIAN INDIVIDU

2020 
Teknik memprofil adalah satu elemen penting dalam mengenalpasti tahap kesimbangan kehidupan murid. Akan tetapi, terdapat kesukaran dalam menjalankan aktiviti memprofil seseorang murid dengan pantas kerana kekurangan teknik yang bersesuaian. Kegagalan memprofil melambatkan proses pembentukan tingkah laku baru memandangkan tiada penampakan jurang yang jelas dalam diri. Teknik Wheel of Life telah diperkenalkan di dalam aktiviti coaching sebagai satu teknik bagi melihat keseimbangan elemen-elemen dalam kemenjadian diri murid. Lapan elemen telah digariskan sebagai elemen utama kemenjadian murid yang terdiri daripada peranan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, kestabilan kewangan, tahap kesihatan, pembentukan matlamat diri, kemantapan rohani, penguasaan akademik di sekolah dan sahsiah dan disiplin murid. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kepada 66 murid menengah rendah (14 tahun) Sekolah Menengah Kangkar Pulai Johor Bahru. Murid memprofil kemenjadian diri dengan menggunakan borang Wheel of Life yang diisi secara sukarela. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesedaran diri oleh murid terhadap elemen pengaruh rakan sebaya dalam pembentukan tingkah laku mereka. Elemen ini seharusnya menjadi fokus penting yang perlu diambil kira dalam proses pembangunan tingkah laku seseorang murid di sekolah.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []