Persepsi Mahasiswa Utm Terhadap Faktor Berlakunya Khalwat. Kajian Kes Di Kolej Tun Hussein Onn.

2004 
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi mahasiswa UTM terhadap faktor berlakunya khalwat. Ia dilakukan terhadap mahasiswa Islam tahun tiga dan empat yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), UTM Skudai. Seramai 150 orang responden yang telah dipilih untuk terlibat di dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Soal selidik yang dibina mengandungi 2 bahagian utama iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi 6 item yang berkaitan latar belakang responden. Bahagian B pula mengandungi 32 item yang merangkumi persepsi mahasiswa terhadap faktor berlakunya khalwat, persepsi terhadap program kolej, dan persepsi terhadap peranan pihak universiti dalam menangani masalah khalwat. Data diperoleh melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan. Data berkenaan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 11.0, dan dipersembahkan dalam bentuk jadual berdasarkan min dan peratusan. Berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi, terdapat hampir keseluruhan pelajar bersetuju bahawa faktor berlakunya khalwat adalah kerana kurang didikan agama dalam diri seseorang. Namun, faktor-faktor seperti institusi kekeluargaan, rakan sebaya dan masyarakat setempat turut menyumbang ke arah berlakunya khalwat. Akhirnya, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan untuk menangani masalah khalwat. Cadangan kajian lanjutan juga turut dicadangkan kepada penyelidik akan datang.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []