POTENSI PELANCONGAN DI TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

2020 
Industri pelancongan dapat memberikan impak yang sangat besar kepada sesebuah lokasi dan komuniti. Dengan demikian, sangatlah penting bagi sesebuah kawasan mengetahui apakah potensi pelancongan yang boleh diwujudkan dan dijadikan sebagai produk pelancongan. Artikel ini membincangkan tentang potensi pelancongan di Tampin, Negeri Sembilan. Kajian ini merupakan penerokaan lokasi pelancongan yang terdapat di Tampin berdasarkan maklumat dari Majlis Daerah Tampin. Tampin merupakan salah sebuah daerah di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan dikenali sebagai negeri beradat dan sejarah asal-usul keturunan Minangkabau yang datang dari negara seberang, Sumatera, Indonesia. Tampin mempunyai beberapa kawasan yang boleh dikomersialkan hasil tinggalan sejarah warisan budaya selain daripada faktor semula jadi dan ciri istimewa yang telah diwujudkan. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti potensi pelancongan di Tampin, Negeri Sembilan. Pengumpulan maklumat bagi kajian ini adalah secara memaparkan senario di kawasan-kawasan produk pelancongan bagi mengenal pasti potensi sebagai usaha untuk memperkasakan lagi daerah Tampin dalam sektor pelancongan. Artikel ini adalah artikel konsep menggunakan kaedah pengumpulan penulisan sekunder sahaja justeru tiada pengumpulan data. Melalui kajian ini, terdapat tiga jenis ciri tarikan yang terdapat di Tampin iaitu semula jadi, kebudayaan dan tarikan istimewa. Kesemua lokasi ini mempunyai dimensi yang berbeza namun perlu diperkasakan agar membolehkan kawasan ini boleh memberikan kenangan dan memori yang unik dan berharga kepada pengunjung.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []